Inilah beg si puteri. Buat masa ini, beg ini adalah favoritenya kerana drebar dia/sex slave wtf/entertainer a.k.a joker/dan lain-lain yang menghadiahkannya. Keychain tikus Walt Disney tu pulak kakak angkatnya yang belikan.
Apabila dituang keluar, inilah isinya...
Sebenarnya, beg puteri ini memang kemas sebab puteri ni memang neat orangnya. Barang2 nya disusun dan simpan dengan rapi. Sekarang, puteri akan cerita satu per satu barang yang dibawa bersamanya dan signifikasinya dalam kehidupan puteri.
1. Buku Nota
Seperti yang pernah diceritakan, buku nota memainkan peranan yang penting dalam kehidupan puteri. Segala benda-benda penting dicoretkan dalam buku nota itu.
2. Dompet
Dompet silver itu adalah free gift from purchase of baju dalam Wacoal. Walaupun nampak aunty, ia adalah current favorite puteri kerana warna silvernya. Di sinilah, puteri menyimpan duit dan lesen memandunya.
3. Cermin mata
Cermin mata ini adalah sangat penting kerana tanpanya, puteri tak boleh duduk berhadapan computer. Ia juga penting apabila mata puteri kering kontang setelah memakai kanta mata untuk masa yang lama.
4. Losyen Puma
Losyen yang berbau flora ini adalah current favorite jugak. Ini kerana puteri amat takut kepada sinaran matahari. Tak kira di mana sahaja, puteri akan menyapu losyen sesuka hatinya.
5. Napkin dari kedai fast food
Napkin a.k.a tissue percuma dari kedai fast food amat diminati oleh puteri. Napkin yang besar2 ini amat sesuai digunakan untuk mengelap sai dari bontot.
6. Pendrive
Ini tak berapa penting sebenarnya..cuma comel so bawa saje...wtf
7. Sachet teh ginseng
Teh ginseng sudah sebati dalam kehidupan tuan puteri..kalau tak minum, rasa macam nak mati aje...
Begitulah kisahnya..notice tak dalam beg puteri takde cosmetic..? Memangla, sebab puteri ni malas bersolek orangnya...tambahan lagi cosmetic memang berat..so 'mereka' dibiarkan mereput kat rumah aje..
E.o.S
1 comment:
huhuhu the sound proof bag
Post a Comment