Aku tidak sabar2 nak menunggu ketibaan Hari Raya kerana aku nak HoLiDaYzzZZzzzZz~~~
Semalam aku mengulangkaji buku "The East Asian Financial Crisis" sehingga lewat malam...Pelik rasanya apabila tiba2 macam dirasuk hantu dan teringin nak baca buku tu. Yang lebih peliknya, aku boleh concentrate walaupun adikku tengah main game kat tepi sambil memijak-mijak kakiku kerana terlampau excited. Sakit kepalaku...entah apa aku merepek ni aku pun tak tahu...Fikiranku bercelaru...seolah-olah banyak masalah yang menghimpit diriku sehingga nak selesaikannya pun aku entah nak start dari mana. Keluargaku bukannya besar teramat sangat, hidupku pun bahagia ibarat puteri, kerja steady pun ada wtf tapi masih rasa macam kekurangan something...something yang aku pun x tahu apa something itu..
Someone pernah cakap,dunia ini memang besar dan manusia memang tak akan rasa contented walaupun bahagia macam mana pun. Kenyataan ini logik juga... sebab sebagai manusia kita memang harus tak henti2 mengdiscover makna kehidupan, mengejar impian dan mencipta nama di puncak dunia. Namun, di antara kita, ada berapalah yang betul2 dapat catch erti kehidupan ini? Ada berapa yang betul2 jadi famous ni? Aku masih tertanya-tanya...
Dalam proses mengenali diri dan mendalami erti kehidupan, ada kalanya kita akan tersesat.. minda dikabungi awan pilu dan tertanya-tanya, adakah segala pengorbanan yang dilakukan berbaloi? Kawan rapat meninggalkan ku satu ko satu, ahli keluarga semakin tidak memahamiku, ajaran agama pun ku abaikan... Atau mungkinkah sebenarnya diriku yang sesat sehingga diriku tidak lagi mengenali diriku? Mungkinkah sebenarnya diriku yang menutup pintu besar ke hati kecilku ni? Siapa aku ni? Aku binggung...
HCC
yang bermaksud
Habis Cerita Comot >.<
No comments:
Post a Comment